Pages

Monday, January 3, 2011

Part 7: TANDA GASTRIK PADA TAPAK TANGAN

Pada minggu lepas, kita telah mengetahui akan tanda-tanda penyakit yang dapat dikenalpasti melalui pemerhatian tapak tangan, bagi yang terlepas sila rujuk di sini.  

Jadi, pada minggu ini kita akan berkongsi satu contoh iaitu tanda penyakit gastrik yang boleh dilihat pada tapak tangan kita.
Tanda gastrik

Tanda penyakit pada tapak tangan

Tanda-tanda gastrik

Tanda- Urat biru/ hijau di tepi perut ibu jari

Simptom- Cepat letih, mudah lapar, sakit di ulu hati

Punca- Makan tidak menentu, makan makanan pedas

Secara umumnya, semua orang mempunyai urat biru/ hijau di kawasan tersebut namun jika warna berkenaan sangat  jelas kelihatan ia menunjukkan tanda-tanda penyakit gastrik yang serius.

Monday, December 27, 2010

Part 6: DIAGNOSIS TAPAK TANGAN



Kesenian mengenal penyakit melalui saraf tapak tangan bukanlah ilmu baru di dalam dunia perubatan kerana ia telah diamalkan sejak sekian lama terutama oleh pengamal perubatan alternatif seperti perawat Perubatan Jawi (HPA).

Ingin saya tekankan di sini, kaedah diagnosis melalui tapak tangan ini bukanlah menilik atau meramal apakah penyakit yang bakal dihidap oleh pesakit .

Sebaliknya ia merupakan teknik yang begitu berkesan untuk mengetahui kelemahan organ dan sistem badan manusia tanpa menggunakan sebarang peralatan tambahan, cukup sekadar melihat tanda-tanda yang jelas kelihatan di tapak tangan.

Tangan merupakan bagian saraf yang paling hujung dari tubuh manusia.  Apa saja yang berlaku pada tubuh manusia akan terlihat pada tangan.  





Di antara bahagian tangan yang menunjukkan keadaan suatu penyakit yang berlaku pada manusia adalah; telapak tangan bahagian atas, punggung tangan, semua jari (mulai dari kelingking hingga ibu jari), ruas-ruas jari bahagian atas dan kuku.  

Keterangan hadis : Rasulullah SAW membenarkan kaum lelaki melihat tapak tangan dan muka calon isteri untuk mengetahui kesuburan (kesihatan).

Pemerhatian pada tapak tangan adalah merujuk pada perubahan warna dan perubahan fizik tapak tangan  serta jari-jemari (biasanya bengkok ke kiri / ke kanan / ke hadapan).

Sebagai contohnya jika jari kelingking kita membengkok, itu menandakan ada gangguan pada saraf tulang belakang dan terdapatnya masalah kesuburan.

Oleh itu,  kaedah diagnosis melalui tapak tangan ini adalah satu alternatif yang perlu dipilih kerana ia tidak menyakitkan serta amat menjimatkan masa dan kita semua pun boleh mencubanya.  

Ikuti contoh diagnosis penyakit dalam post akan datang...(^_^)



Monday, December 20, 2010

Part 5: TEKNIK MENGENALPASTI PENYAKIT


Pemerhatian merupakan langkah awal analisis dalam mendiagnos pesakit. Perawat mengesannya melalui tanda-tanda fizikal tidak semudah seperti yang disangka. Petikan di bawah memberikan gambaran bagi definisi diagnosis.

"Perkara pertama yang yang diperhatikan oleh perawat adalah semangat yang bermakna kombinasi daripada mimik muka, ton otot, postur, mood ucapan dan penampilan secara am. Pesakit yang bersemangat menunjukkan penyakit yang tidak serius tetapi adalah sebaliknya jika berada di tahap serius."

Rasulllullah SAW sendiri seringkali mengungkapkan kata-kata yang memulihkan kembali semangat pesakit seperti " La Baksa: tidak ada apa-apa dan Likulliidain Dawa'un: setiap penyakit ada ubatnya". 
Ini bermakna, apabila seseorang pesakit itu ditenteramkan perasaannya dan dipulihkan semangat, maka proses merawat menjadi mudah dengan izin Allah.

Organ-organ yang terlibat dalam pemerhatian adalah:

1. Tapak Tangan

Carta tapak tangan 

2. Nadi 

Denyut nadi

3. Lidah

Carta Lidah

4. Mata

Carta iridiologi

Selain memerhatikan atau mendiagnosis 4 organ diatas, perawat juga perlu menyelidik 4 perkara penting seperti di bawah:

1. Sejarah Keluarga
2. Keluhan Pesakit
3. Gaya Hidup
4. Gaya Berfikir

Diagnosis melalui pemerhatian ini sangat berbeza daripada kaedah moden yang menggunakan peralatan berteknologi tinggi (MRI, CT scan dan x-ray), pengambilan sampel darah serta pembedahan bagi mengetahui punca penyakit.
Kaedah ini tidak menyakitkan serta menjimatkan kos bil hospital. Ia juga sangat membantu dalam mengesan tanda-tanda awal penyakit kronik dan membolehkan pesakit bersedia dengan mendapatkan pencegahan awal.


bersambung...

Tuesday, December 14, 2010

Part 4: TIGA (3) PUNCA UTAMA PENYAKIT



Dalam pandangan perubatan herba, punca penyakit disebabkan oleh tiga perkara:-

1. Toksik (racun) dalam tubuh

Ini berlaku apabila tubuh kita tidak memiliki kandungan nutrien yang cukup dan pada masa yang sama kita mengambil bahan kimia yang berlebihan seperti bahan pewarna, bahan pengawet yang tidak diperlukan oleh tubuh badan kita.


Bahan-bahan kimia ini, jika tidak disingkirkan akan berkumpul dan merosakkan sel-sel tubuh. Seterusnya, ia akan melemahkan sistem imuniti sehingga tubuh kita tidak dapat bertahan apabila mendapat serangan dari kuman penyakit (patogen dan virus).


2. Ketidakseimbangan Suhu

Terjadinya perubahan suhu badan adalah disebabkan oleh sistem pengeluaran urin yang bermasalah. Penyelesaiannya lebih berfokus kepada melakukan 'cleansing' (pembersihan) di ginjal.



3. Ketidakseimbangan Angin


Masalah ini  timbul akibat kelemahan autointoksikasi dalam usus besar dan kemusnahan bakteria berguna serta kekurangan enzim tubuh.


Ketiga-tiga punca penyakit dapat menyebabkan terjadi ketidakseimbangan di fikiran dan memaksa tubuh kita mengeluarkan hormon steroid yang melemahkan sistem imuniti kita.

Wednesday, December 8, 2010

Part 3: MEMAHAMI PUNCA PENYAKIT



Sebelum kita melangkah lebih lanjut ke dunia ubatan herba, adalah lebih baik kita memahami punca terjadinya penyakit. 

Penyakit bukan berpunca dari kuman, virus atau patogen lain tetapi penyakit berpunca dari kelemahan sistem imuniti (kekuatan fitrah). Apabila sistem ini lemah atau terganggu, maka mulailah kuman (bakteria), patogen atau virus menyerang tubuh.

Dalam pandangan perubatan herba, punca (sumber) penyakit disebabkan oleh tiga perkara, iaitu:

1. Toksik (racun) yang tertimbun dalam tubuh
2. Ketidakseimbangan suhu
3. ketidakseimbangan angin

Pengambilan herba sebagai ubat dimaksudkan untuk mengembalikan keharmonian tubuh kita di mana seluruh tubuh berfungsi seperti semula terutamanya sistem imuniti.

Sila ikuti penerangan lanjut mengenai punca penyakit dalam post akan datang...(",)

Monday, November 29, 2010

Part 2: PERUBATAN HERBA DAN PERUBATAN MODEN



Secara prinsip, perubatan herba berbeza dengan perubatan moden. Berikut ini adalah perbezaannya
Mengambil dan menerima herba sebagai ubatan bukan bererti menolak seluruhnya penggunaan ubatan kimia.

Herba adalah pilihan utama dalam kes-kes penyakit kronik yang bersifat "jangka panjang", bukannya kes baru yang bersifat  "acute" (segera)

Penyakit yang bersifat acute akan menyerang dengan kadar yang cepat dan sekiranya lambat diberi rawatan akan membawa kepada keadaan yang lebih serius.

Oleh itu, perubatan moden lebih sesuai bagi merawat penyakit  bersifat "acute" ini.


Thursday, November 25, 2010

Part 1: PERUBATAN HERBA



Perubatan herba merupakan satu penelitian orang-orang terdahulu terhadap sesuatu penyakit dan kebanyakannya diperturunkan tanpa catatan yang jelas. Ilmu ini kian hilang dan banyak herba-herba yang sudah tidak dikenali oleh kita dewasa ini dan kita mengambil jalan mudah dengan mendapatkan rawatan di hospital.

Tidak dapat tidak, perubatan moden tidak dapat diketepikan kerana melalui perubatan moden banyak kajian ilmiah dijalankan secara mendalam terhadap sesuatu penyakit. Namun ubatan kimia bukanlah pilihan sepanjang masa, herba boleh digunakan sebagai pelengkap bagi tujuan perubatan.

Penyakit-penyakit kronik (menahun) sangat sesuai diberikan herba jika dibandingkan dengan penyakit acute (segera) kerana tindakan herba sangat perlahan dan memerlukan masa yang panjang.

Melalui blog ini, pendedahan maklumat mengenai perubatan herba dibuat bagi membuka minda kita dalam mencari dan mendapatkan perubatan alternatif dan mempopularkan ubatan herba sepertimana ubatan moden hari ini.